ECU TuneBoss dilengkapi ATAS iaitu ciri keselamatan terkini untuk Yamaha 135LC Fi

2188

TuneBoss memperkenalkan ATAS atau Accidental Throttle Activation Safety sebagai ciri keselamatan terkini yang disertakan dalam produk terbaharu kami, ECU prestasi tinggi untuk Yamaha 135LC Fi.

Ciri ini akan menghalang pecutan yang tidak disengajakan kerana ketika menghidupkan enjin, terutamanya bagi motosikal dengan clutch automatik.



Penunggang mungkin tidak sedar bahawa motosikal berada dalam gear semasa cuba menghidupkannya sambil memulas pendikit atau “throttle”.

Pada masa sama, ATAS akan menghalang enjin daripada dihidupkan jika butang starter ditekan semasa pendikit dibuka sebanyak 10 peratus atau lebih.

ECU akan mengelipkan lampu amaran enjin sebagai peringatan kepada penunggang. Enjin boleh dihidupkan seperti biasa apabila pendikit di bawah 10 peratus. 

Turut disertakan dengan setiap ECU ialah ciri ‘Engine Immobilizer’ yang boleh kawal menggunakan aplikasi TuneBoss Manager Pro. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma untuk pengguna Android.

Aplikasi TuneBoss Manager Pro juga membolehkan pengguna memantau parameter kenderaan seperti suhu, voltan bateri, dan maklumat berkaitan system enjin yang lain. Ia juga akan memaparkan sebarang masalah yang dikesan dengan cara yang mesra pengguna.

ECU Stage1 untuk model 135LC Fi dilengkapi dengan talaan prestasi tinggi untuk motosikal standard. Semua ini pada harga RM399 sahaja.

Untuk penalaan yang lebih terperinci, ECU Stage1 boleh dinaik taraf ke Stage2 yang akan memberikan pengguna julat penalaan yang lebih terperinci untuk pemetaan bahan api dan nyalaan.

Memandangkan Fi 135LC dibangunkan khusus untuk Malaysia, dan TuneBoss sebagai satu-satunya ECU motosikal rekaan dan buatan Malaysia sepenuhnya.

Pada masa hadapan, semua ECU TuneBoss akan dilengkapi dengan ciri keselamatan ATAS sebagai standard. Ciri ini amat penting untuk motosikal dengan klac automatik seperti Yamaha Lagenda, NMax dan Honda Wave/EX5.

Penerangan dan Demonstrasi ATAS

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here