Jam tangan Leclers RM1.36 juta dicuri peminat

672

Jam tangan mewah jenama Richard Millie bernilai £246,000 (RM1.36 juta) milik pemandu Formula Satu Ferrari, Charles Leclerc dicuri oleh ‘peminatnya’ di Itali kelmarin.

Laporan akhbar tempatan di Itali, Corriere della Sera, melaporkan kejadian itu berlaku selepas dia didatangi seorang lelaki yang mahu bergambar bersama kira-kira jam 10 malam di bandar Viareggion di Tuscan.

Ketika insiden, Leclerc dikerumuni peminat lain yang turut mahu bergambar dan meminta tandatangan.

Namun seorang daripada peminatnya yang mahu bergambar itu merentap jam tangan daripada pergelangan tangannya dan yang pantas melarikan diri.

Leclerc menyaksikan kejohanan tenis Masters MonteCarlo sebelum kejadian samun itu berlaku.

Leclerc tidak mengalami sebarang kecederaan dan difaham beliau sudah membuat laporan polis.

Untuk makluman, Richard Mille ialah syarikat jam tangan mewah Switzerland yang diasaskan pada 2001 oleh Dominique Guenat dan Richard Mille yang berpangkalan di Les Breuleux, Switzerland.

Jam tangan itu turut menjalin kerjasama dengan Ferrari, McLaren serta beberapa selebriti terkemuka seperti Fernando Alonso, Didier Drogba, Michelle Yeoh serta banyak lagi. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here