Kena saman, lelaki bertukar jadi Spiderman

1116

Seorang lelaki bertukar menjadi Spiderman selepas dipercayai kereta miliknya disaman oleh polis. Aksi spontannya dirakam di tengah sebatang jalan di Kota Batu, Jawa Timur.

Jika seseorang disaman sering kali akan berang dan marah namun lain pula bagi pemuda berkenaan yang tiba-tiba membuat gaya adiwira tersebut dengan badan membongkok dan tangan mencengkam atas jalan yang sibuk dengan kenderaan lalu-lalang.



Belum diketahui kenderaan yang dibawa pemandu berkenaan. Susulan kejadian itu, seorang anggota polis terpaksa mengawal lalu lintas.

Video itu menjadi tular yang mana netizen memberi pelbagai komen lucu untuk  meneka punca  tindakan tersebut.

“Keretanya dapat surat saman, jadi mungkin dia tertekan dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.”

“Peter Parker (nama watak Spiderman) sedang mengadakan penggambaran di Indonesia,” kata seorang lagi pengguna.”

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here