Temui kereta dalam tasik, ingatkan kereta ‘orang hilang’ rupanya….

1442

Seorang nelayan menggunakan teknologi sonar menemui sebuah kereta di Tasik Hamilton, Arkansas.

Sebelum ini terdapat beberapa kes orang hilang di kawasan tersebut dan dia fikir polis harus membuat pemeriksaan. 



Menggunakan teknologi sonar gambaran pada sistem tidak sama dengan apa yang dilihat oleh penyelam. Lelaki berkenaan menjangkakan dia menemui sebuah kereta muskular lama yang tenggelam.

Selepas berjaya melekatkan magnet pada kereta berkenaan, penyelam berenang ke bawah dan mengesan kereta itu.

Jarak penglihatan hanya empat hingga enam kaki maka sukar untuk melihat dengan lebih terperinci pada kedalaman yang keruh.

Bagaimanapun, penyelam melihat kebanyakan komponen kenderaan sudah rosak, termasuk bahagian atas yang hilang. Kini kenderaan itu adalah sebahagian daripada ekosistem dalam tasik tersebut. 

Lebih sukar untuk mengenalpasti kereta berkenaan kerana keadaannya yang rosak teruk. Bahagian tayar yang lebih kurus memberi petunjuk bahawa ia adalah model klasik.

Kerana kerosakan disebabkan air membuatkan imej pada sonar seperti model kereta muskular. Penyelam itu menyangka ia mungkin kenderaan tentera lama.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here