Meriah! 250 pemilik Aprilia sertai acara ‘Himpunan Moreh’

568

Kira-kira 250 pemilik Aprilia berkumpul sempena menyambut Ramadan di The Paddock, Petaling Jaya baru-baru ini.

Acara ‘Himpunan Moreh’ itu yang berlangsung kira-kira jam 11.30 malam pada Sabtu lalu menerima sokongan daripada Aprilia Central Region, Aprilia V4 Group dan Motoplex Petaling Jaya.

Juan Chow Wee kiri gambar

Pengurus Besar Didi Group, Juan Chow Wee berkata, tahun ini Didi Group komited untuk membawa jenama Aprilia ke hadapan.



“Barisan produk yang kukuh akan diperkenalkan ke pasaran Malaysia dalam beberapa minggu akan datang, dengan memasuki segmen baharu iaitu skuter bersesaran 200cc,  Aprilia SR-GT. 

“Menyertai rangkaian 660cc, kami akan membawa masuk segmen pengembaraan iaitu Aprilia Tuareg 660 serta ditambah lagi RS660,” katanya.

Juan berkata, bagi yang meminati motosikal berprestasi, pihaknya juga akan membawa masuk jentera ikonik iaitu Aprilia RSV4 Factory untuk pasaran Malaysia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here