Inilah Maserati MC20 pertama di Malaysia – 10 fakta anda perlu tahu tentang super sport ini!

1157

Naza Italia-Maserati menyerahkan model pertama Maserati MC20 kepada pelanggannya di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Sehingga kini, Naza Italia-Maserati sudah menerima lapan unit tempahan untuk dan dua unit diserahkan kepada pelanggannya.

Jentera kuning yang anda lihat ini, sebenarnya sudah pun berpunya dan akan diserahkan kepada pemiliknya nanti.



Harga asas bagi model itu, ia dijual bermula RM1.078 juta sebelum cukai dan duti. Pada masa sama, ia ditawarkan dengan tiga tahun waranti tanpa had perbatuan.

Untuk memiliki jentera ikonik ini, anda sebenarnya perlu kesabaran. Difahamkan, selepas membuat tempahan, tempoh menunggu untuk menerima jentera itu dijangka mencecah setahun.

 

Ini fakta yang anda perlu tahu tentang segmen super sport, Maserati MC20:

  1. MC itu adalah singkatan kepada Maserati Corse manakala 20 pula merujuk kepada tahun 2020.

2. Dibangunkan dengan struktur monocoque ringan yang membuatkan berat jentera ini kurang 1,500 kg.

3. Ia menerapkan imej bersih dan elegen dengan dilengkapi gril yang sedikit ringkas dan besar, selain menggunakan logo Trident baharu. Lampu utama LED berbentuk tajam yang disambung ke fender hadapan.

4. Bahagian belakangnya dipadankan lampu LED melintang, dua corong ekzos yang ditempatkan di bawah plat nombor pendaftaran.

5. Ia adalah model pertama Maserati yang menggunakan pintu butterfly, ia membuatkan tampak lebih menyerlah, selain mampu meningkatkan argonomik serta mudah diakses.

6. Ruang dalaman yang ringkas, serta memiliki skrin infotaimen bersaiz 10 inci, manakala panel meter turut bersaiz 10 inci.

7. Guna enjin yang dibangunkan sendiri oleh Maserati. Enjin itu dikenali ‘Nettuno’ , dijanakan 3.0 liter twin-turbo V6 dengan menyalurkan 630 PS dan tork 730 Nm serta menggunakan bersama transmisi dwi-klac lapan kelajuan.

8. Boleh memecut 0-100 km/j dengan 2.9 saat dengan kelajuan maksimum melebihi 325 km/j.

9. Selain itu, ia dilengkapi dengan mod pemanduan membabitkan GT, Wet, Sport, Corsa dan ESC Off.

10. Bagi pilihan warna, ia ditawarkan dengan Bianco Audace, Giallo Genio, Rosso Vincente, Blu Infinito, Nero Enigma, dan Grigio Mistero.

Galeri Gambar:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here