Xiaomi gagal dapat kebenaran keluarkan kereta elektrik tanpa pemandu

724

P

engeluar telefon pintar dan juga gergasi teknologi China masih belum mendapat kelulusan daripada kerajaan China untuk mengeluarkan kereta elektrik walaupun merancang untuk melancarkan kenderaan pertamanya menjelang 2024.

Syarikat yang mahu memasuki industri automotif di China perlu mengemukakan permohonan dan laporan untuk membuktikkan kemampuan kewangan dan teknologi mereka.



GAMBAR prototaip pertama kereta elektrik Xiaomi.

Kelulusan biasanya mengambil masa selama beberapa bulan dan ada sebahagian kes permohonan itu ditolak.

Walaupun Xiaomi masih belum mendapat kelulusan kerajaan, syarikat itu tetap giat membangunkan teknologi berkenaan termasuk membina sebuah kilang di Beijing dan menyediakan peruntukkan sebanyak 33 bilion yuan (RM2.2 bilion).

Ketua Eksekuitif Xiaomi, Lei Jun berkata, syarikat itu juga sudah menguji lebih 140 kenderaan elektrik yang dilengkapi dengan teknologi pemanduan autonomi di seluruh China.

Xiaomi pada tahun lalu mengumumkan rancangan syarikat itu untuk memasuki industri pengeluar kereta elektrik dan menyasarkan untuk melancarkan kereta pertamanya pada 2024.

Menurut laporan Reuters, Lei Jun berkata, Xiaomi mempunyai 500 pekerja yang dikhaskan untuk membangunkan teknologi pemanduan autonomi bagi kenderaan elektrik keluarkan syarikat itu dengan bajet 3.3 bilion yuan.

Xiaomi turut dilaporkan semakin hampir melancarkan prototaip kereta elektrik pertama syarikat itu.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here