Utama Berita Automotif #KLIMS2026 : Jetour Malaysia buka tempahan T2 i-DM, harga RM168,888

#KLIMS2026 : Jetour Malaysia buka tempahan T2 i-DM, harga RM168,888

7

JETOUR Malaysia rasmi membuka tempahan JETOUR T2 i-DM (Intelligence Dual Mode) serba baharu pada acara KLIMS 2026.

JETOUR T2 i-DM dijangka ditawarkan pada harga RM168,888 dan disokong dengan pakej pemilikan serta jaminan yang komprehensif. 

SUV elektrik plug in hibrid (PHEV) itu menggunakan enjin 1.5 liter TGDI bersama konfigurasi dwi-motor berkuasa 265kW dan tork 610Nm. Ia kemudian digandingkan dengan transmisi Dedicated Hybrid (DHT) 3-kelajuan. 

Direka untuk memenuhi pelbagai keperluan pemanduan, SUV itu menawarkan jarak perjalanan elektrik penuh melebihi 100km serta gabungan jarak perjalanan sehingga 1,200km.

Selain itu, ia turut menyokong pengecasan AC dan DC sekali gus memberikan kemudahan serta fleksibiliti yang lebih tinggi kepada pengguna yang beralih kepada kenderaan elektrifikasi.

Dalam kabin, JETOUR T2 i-DM dilengkapi rangkaian teknologi keselamatan dan keselesaan pintar termasuk sistem bantuan pemandu ADAS Tahap 2, enam beg udara SRS serta sistem pemantauan pandangan panoramik bagi meningkatkan keyakinan pemandu dalam pelbagai situasi pemanduan.

Reruai JETOUR Malaysia menampilkan kereta Konsep G700 di samping pameran model T1, T2, VT9 dan Dashing yang mana pengunjung berpeluang merasai sendiri pengalaman pemanduan bagi kesemua model tersebut melalui sesi pandu uji yang dijalankan sepanjang acara berlangsung.

Selain itu, pelbagai aktiviti interaktif turut disediakan di reruai JETOUR, yang menawarkan hadiah percuma serta minuman ringan kepada pengunjung.

Lebih menarik, pelanggan yang membuat tempahan JETOUR T2 sepanjang KLIMS 2026 akan menikmati rebat sebanyak RM2,000 manakala model Dashing dan VT9 pula ditawarkan dengan rebat masing-masing sehingga RM10,000 dan RM15,000. 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here