Misteri kehadiran kapal layar mewah RM200 juta di Kuala Perlis

1700

Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam menarik perhatian orang ramai terutama nelayan serta penduduk kampung yang terletak di pesisiran Sungai Perlis di Kuala Perlis, di sini.

Menurut laporan Berita Harian, kehadiran kapal layar berharga sekitar USD45 juta (lebih RM200 juta) itu terut mencetuskan misteri mengenai siapa pemiliknya dan mengapa ia berada di perairan Perlis.

Kapal layar itu dipercayai tiba dari Langkawi dan disedari penduduk sekitar lembangan Sungai Perlis itu sekitar jam 12 tengah hari.



Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Perlis , Jasmi Hashim berkata, pihaknya ada diberitahu nelayan serta penduduk sekitar muara Sungai Perlis akan kehadiran dan pergerakan kapal layar mewah itu.

“Kami difahamkan kapal layar mewah itu sebenarnya bergerak menuju ke dok Perlis Marine Engineering (PME) Sdn Bhd yang terletak di Kampung Tengah Kuala Perlis bagi tujuan pembaikan kapal layar,” katanya.

Seorang nelayan, Mat Che Ya, pula berkata, walaupun banyak kapal yang bersaiz sederhana melalui muara sungai itu, namun kapal layar mewah yang canggih itu jarang sekali dapat dilihat di kawasan itu.

“Banyak dah kapal lalu sini cuma saiz tidaklah besar tapi kapal layar yang semalam itu jarang lalu di sini.

“Jadi bila kapal layar itu lalu di sini nampak macam kapal angkasa atas air pula kerana tak nampak macam kapal atau bot yang kita biasa lihat,” katanya.

Media sosial sebelum ini tular dengan kehadiran kapal layar mewah berkenaan yang dilihat sedang berlabuh di tengah muara Sungai Perlis.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here