Gadis rempuh pagar rumah teman lelaki gara-gara putus cinta..

1133

Seorang gadis yang baru putus cinta bertindak merempuh pintu pagar kediaman keluarga bekas teman lelakinya dalam satu kejadian di Taman Perling, Johor Bahru pagi Ahad. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata suspek berusia 20 tahun itu ditahan polis pada jam 6.30 pagi di Plaza Tol Lima Kedai pada hari yang sama.



“Sebelum kejadian, kakak kepada bekas teman lelaki suspek menerima satu mesej ugutan daripada suspek yang mahu membakar kedai perniagaan motosikal milik keluarga mereka.

“Suspek turut mengirimkan satu video yang memaparkan seseorang sedang mencurah minyak petrol di depan kedai berkenaan,” katanya.

Bimbang dengan ugutan tersebut pengadu membuat laporan polis dan bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis ke kediaman pengadu sebelum mendapati sebuah kenderaan jenis Toyota Corolla Altis merempuh pintu pagar kediaman pengadu.

“Saringan ujian air kencing yang dilakukan mendapati suspek berada di bawah pengaruh dadah terlarang jenis ‘benzo’, manakala semakan mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau.

“Perbuatan suspek merempuh pagar kediaman rumah pengadu dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

“Akibat perbuatan itu pintu pagar tercabut dan menghempap belakang kenderaan milik bapa pengadu menyebabkan kerugian kira-kira RM15,000,” katanya.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai putus cinta dengan teman lelakinya bulan lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here