Perodua bakal lancar platform tempahan secara digital November ini

445

Perodua mengumumkan rancangan melancarkan platform tempahan kenderaan digital Perodua menjelang November ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, pelanggan cuma membayar yuran tempahan RM100 dan mengisi maklumat butiran kad pengenalan .

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua tahun lalu berikutan krisis pandemik Covid-19, budaya membuat tempahan kenderaan secara atas talian semakin banyak digunakan pengeluar automotif Malaysia.



Ia dijangka memberikan manfaat kepada pelanggan tidak perlu hadir secara fizikal ke rangkaian pengedar untuk membuat tempahan. 

Zainal Abidin mengumumkan perkara itu selepas majlis pelancaran Program Ekosistem Transformas Digital MIDA-Perodua hari ini.

Menurut, program itu sejajar dengan usaha Kerajaan untuk meningkatkan ekosistem teknologi tempatan dari segi rantaian bekalan, penyelidikan dan pembangunan, selain aktiviti inovasi serta pengkomersilan.

Sementara itu Zainal Abidin turut memaklumkan bahawa tiada kenaikan harga jualan kenderaan walaupun berdepan kenaikan kos pengeluaran yang dihadapi rata-rata pemain automotif di Malaysia.

Katanya, Perodua akan menyerap kenaikan harga kos dan memastikan pihak vendor mampu mengharungi situasi semasa.

“Kami berdepan detik sukar ketika ini dengan peningkatan harga bahan mentah sememangnya luar biasa, antaranya harga keluli dan semua material plastik.

“Bagaimanapun, untuk baki tahun ini, kami memutuskan untuk tidak memindahkannya (kos kenaikan) kepada pelanggan,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here