[Video] Teman lelaki lari pandu Honda City tinggalkan kekasih, ‘kantoi’ curi barang hampir RM1000

2065

Seorang wanita ditahan polis selepas dipercayai cuba melarikan pelbagai barangan bernilai hampir RM1,000 dalam satu cubaan samun di sebuah pasar raya di Tebrau, Johor Bahru, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek seorang lelaki berusia 33 tahun yang dipercayai merupakan pasangan wanita berkenaan sedang diburu polis.

@kosmoonline

KEJADIAN seorang lelaki melarikan diri selepas ‘terkantoi’ mencuri barangan hampir RM1,000 bersama kekasihnya di sebuah pasar raya di Tebrau, Johor Bahru, kelmarin. Lelaki itu kini diburu polis manakala kekasihnya berjaya ditahan.

♬ original sound – Kosmo! – Kosmo!



Teman lelaki wanita itu berjaya melarikan diri menuju ke parkir lalu memandu sebuah Honda City berwarna merah dengan nombor pendaftaran WD9391A. Aksi tersebut berjaya dirakam orang awam yang berada di tempat kejadian. 

Tindakan suspek lelaki yang memandu kenderaan secara tergesa-gesa turut melanggar sebuah motosikal dan sebuah kereta lain di ruangan parkir pasar raya berkenaan. 

Pasangan terbabit bertindak mengambil beberapa barangan di pasar raya sebelum keluar tanpa membuat pembayaran di laluan kaunter layan diri.

@utusantvofficial

Replying to @apmsepangpestcontrol PART 3: Ujian saringan air kencing mendapati suspek wanita positif dadah jenis methamphetamine dan ditahan reman selama empat hari. #trendingnewsmalaysia #fyp #beritaditiktok

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

“Pengadu memaklumkan dia menyedari kejadian itu pada jam 7.15 malam, seorang wanita berusia 31 tahun dan pasangannya, lelaki berusia 33 tahun cuba mencuri barangan pasar raya tersebut, kelmarin,” jelasnya.

Pasangan itu keluar tanpa membuat bayaran barangan bernilai RM952.19 antaranya  pelbagai jenis coklat, cangkuk kenderaan dan juga pemegang telefon bimbit.

“Pemeriksaan lanjut dibuat mendapati suspek wanita warga tempatan itu positif dadah jenis methamphetamine dan mempunyai tiga kesalahan lampau melibatkan kes dadah dan kini dikenakan reman selama empat hari,” katanya.

Sementara, suspek lelaki pula yang dikenali sebagai Muhammad Firdaus Shamsudin mempunyai 10 rekod lampau bersabit kes curi dalam bangunan, penyalahgunaan dadah dan juga kes jenayah. 

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung suspek boleh hubungi pegawai penyiasat, Sarjan Nuraziera Miersha Jamaludin di talian 017-3498690. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here