Viper Niza Racing – Pasukan lumba Malaysia, negara pertama Asean kerjasama Aston Martin Racing Asia

189

Selepas lima tahun berkecimpung dalam perlumbaan kelas prototaip dan touring, Viper Niza Racing mengumumkan kerjasama dengan Aston Martin Racing Asia.

Pasukan milik Malaysia yang ditubuhkan sejak 2015 itu akan menggunakan dua model Aston Martin iaitu Vantage GT3 dan GT4 untuk bersaing dalam kempen perlumbaan serantau dan antarabangsa kelas GT Sport Car.

Selaku pasukan sekutu Aston Martin Racing Asia, Viper Niza Racing juga akan menguruskan dan menyediakan servis untuk program perlumbaan membabitkan pelanggan.

Buat masa ini, pasukan dari Malaysia ini adalah satu-satunya negara Asean yang menggunakan Aston Martin Vantage untuk perlumbaan. 

Jom Baca:   Pintu Tesla beku musim sejuk, pemilik terpaksa guna pintu penumpang

Pemilik, prinsipal dan pelumba, Douglas Khoo akan mengetuai pasukan itu dengan bantuan rakan pelumba, Dominic Ang.

Pengumuman itu dibuat pada satu majlis pelancaran dua jentera lumba baharu itu di Aston Martin Kuala Lumpur. Hadir sama ialah Pengarah Aston Martin Racing Asia, Weiron Tan.

Kedua-dua jentera lumba Vantage GT3 dan GT4 menggunakan 4 liter V8 turbo berkembar akan meneruskan legasi Aston Martin Racing dalam perlumbaan kereta sport. Bagi model GT3, kuasa output melebihi 536hp, manakala 469hp untuk GT4.

Vantage GT3 ialah kereta lumba penuh yang direka dan dibangunkan sepenuhnya. Jentera itu menggantikan model V12 Vantage GT3. Vantage GT4 pula dibangunkan dari model standard Vantage.

Jom Baca:   Melepak di kawasan jangkitan, lapan individu dikompaun dan dua buah motosikal disita

Viper Niza Racing Vantage GT3 akan membuat debut di GP Formula Satu (F1) Singapura pada 1 hingga 2 Oktober depan. 

Khoo akan bersaing dalam perlumbaan sokongan Thailand Super Series (TSS) di Marina Bay Street Circuit pada Sabtu dan Ahad. Acara itu melibatkan dua perlumbaan sprint selama 25 minit di laluan sepanjang 5.063km.

Seramai 27 pelumba antarabangsa dari Singapura, Thailand, Belanda, Australia, Amerika Syarikat, New Zealand, Perancis, Hong Kong dan Kanada akan bersaing dalam GT3/GTM dan GTC.

Antara jenama kereta lumba yang bersaing dengan pasukan Viper Niza Racing ialah Toyota, Lexus, Audi, Porsche, Aston Martin, Mercedes AMG, Bentley, Lamborghini dan Ford.

Jom Baca:   Honda buka terowong angin paling canggih di dunia

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here