Utama Berita Automotif Sebahagian mangsa nahas helikopter terhempas di Brinchang berjaya dibawa turun

Sebahagian mangsa nahas helikopter terhempas di Brinchang berjaya dibawa turun

806
Tiga mangsa berjaya dibawa keluar dari lokasi nahas helikopter terhempas kawasan hutan berhampiran Brinchang, di sini pada petang Rabu.
 
Mangsa pertama yang dipercayai juruterbang helikopter dibawa keluar kira-kira jam 5.30 petang diikuti mangsa kedua seorang wanita merupakan doktor perubatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, kira-kira jam 6.16 petang.
 
Kira-kira jam 6.34 petang, mangsa ketiga seorang lelaki dipapah keluar oleh anggota penyelamat bagi mendapatkan rawatan awal di kebun sayur berhampiran.
 
Kesemua mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom bagi mendapatkan rawatan lanjut.
 
Beberapa mangsa lain sedang dibawa keluar dari kawasan nahas oleh pasukan penyelamat.
Dalam kejadian tengah hari tadi sebuah helikopter dinaiki enam kru termasuk seorang juruterbang dilaporkan terhempas di Brinchang, Cameron Highlands.
 
 
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.15 tengah hari tadi melibatkan helikopter milik syarikat swasta yang membawa lima pegawai perubatan termasuk seorang doktor dari Pejabat Kesihatan Daerah Kinta.
 
Dalam kenyataan awal, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, semua mangsa ditemui selepas lokasi helikopter itu berjaya dikenal pasti berhampiran Big Red Brinchang, kira-kira jam 3.51 petang.


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here