HLYM tawar tiga warna baharu Y16ZR, harga naik RM230

1381

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan tiga warna baharu bagi model Y16ZR iaitu Glacier White, Phantom Neon dan Flaming Silver.

Supermoped berkenaan dijual pada harga RM11,118 yang mana kenaikan sebanyak RM230 berbanding model sebelum ini.

Pilihan warna baharu itu akan mula berada di pusat jualan bermula esok yang mana setiap pembelian akan diberikan kunci keselamatan Yamaha bernilai RM100. 



Yamaha Y16ZR dijana oleh enjin 155cc silinder tunggal penyejukan cecair VVT yang menghasilkan kuasa 18hp @ 9,500rpm dan tork 14.4Nm @ 8,000rpm.

Ia juga didatangkan dengan sistem Assist dan Slipper Clutch yang membantu mengurangkan beban tahap klac, membolehkan kemudahan menukar gear semasa penukaran ke bawah.

GALERI

Flaming Silver

Glacier White

Phantom Neon

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here