Ingin bantu pelajar susah, Pakcik Shell mahu lepaskan koleksi Shell Motorsports Edisi Terhad

687

Shell Malaysia menawarkan Koleksi Shell Motorsports Edisi Terhad kepada pelanggannya bermula Oktober lalu. 

Peminat kereta kawalan tersebut tentunya akan mengumpul  tujuh model daripada syarikat permotoran terkemuka dunia yang menjadi rakan kerjasama Shell tersebut yang dijual mengikut minggu. 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Shairan Huzani (@pakcikshell)



Baru-baru ini Pak Cik Shell menerusi akaun Instagram miliknya berkongsi ingin melepaskan koleksi Shell Motorsports Edisi Terhad.

Tujuan beliau mahu menjualnya bagi membiayai tajaan baju seragam pelajar sekolah yang susah.

“Jika sayang, lepaskan! saya gigih pergi stesen setiap awal pagi Sabtu tuk isi minyak dan kumpul kereta. Alhamdulillah telah lengkap set, siap dengan dua bateri dan kotak yang tersangatlah rare.

“Saya nak offer for sale. Sebenarnya nak simpan sebab sangat susah nak lengkapkan set camni. Tapi mungkin ada kebaikan utk orang lain,” tulisnya.

Selain itu, beliau juga memberitahu kos penghantaran ditanggung olehnya. Bagaimanapun, Pakcik Shell tidak membuka harga bagi set koleksi tersebut.

“Saya akan lepaskan kepada anda yang paling bermurah hati,” tulisnya. 

Untuk makluman, harga kotak Koleksi Motorsport berharga RM80 manakala setiap koleksi kereta pula berharga RM30.

Baca juga >> Pakcik Shell: Pagi atau malam OK isi minyak?, ini jawapannya….

Baca juga >> Pak Cik Shell bongkar mitos isi tangki di posisi berlawanan dapat minyak ekstra

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here