Perodua sumbang RM151,000 kepada dua hospital awam

374

Perodua menyumbang sebanyak RM151,000 dalam bentuk barangan dan peralatan) kepada dua hospital awam sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat yang berterusan dalam meningkatkan lagi sistem penjagaan kesihatan awam.

Ia membabitkan barangan termasuk peralatan diagnostik, peralatan pemulihan, peralatan penjagaan pesakit, mesin dialisis dan juga hamper untuk para pesakit serta pasukan barisan hadapan di Hospital Kuala Kubu Bharu dan Hospital Selayang baru-baru ini.

Sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi Perodua Sales Sdn Bhd, JH Rozman Jaafar kepada pihak pengurusan hospital dengan disaksikan oleh para pegawai perubatan dan kakitangannya.



Setakat ini, Perodua sudah menyumbang peralatan perubatan dan kesihatan kepada hospital-hospital awam di seluruh negara.

Ini termasuk Hospital Umum Sarawak, Hospital Selayang, Hospital Sungai Buloh, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah di Likas, Hospital Shah Alam, Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Hospital Ampang, Hospital Putrajaya dan beberapa klinik komuniti di daerah Hulu Selangor.

Sementara itu, Perodua menghantar bantuan kepada kakitangan wakil pengedarnya, Unimo Enterprises Limited, di Sri Lanka ketika negara kepulauan itu bergelut dalam pemulihan krisis kewangan yang berterusan yang menyaksikan pembekuan import sejak 2020.

Larangan import menghentikan penjualan kenderaan Perodua di Sri Lanka, yang sebelum ini adalah pasaran eksport CBU terbesar pengeluar kereta kompak itu. Pada penghujung 2019, model terlaris Perodua di Sri Lanka ialah Bezza 1.0L.

Perodua telah menghadiahkan baucar kepada 171 pekerja Unimo sebagai bantuan dalam tempoh yang sukar ini.

Unimo Enterprises Limited ialah wakil pengedar Perodua di Sri Lanka sejak tahun 1995.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here