Myvi terbabas masuk tasik, pemuda ini tak fikir panjang terjun selamatkan mangsa..

766

Seorang lelaki sanggup menggadai nyawa menyelamatkan tiga individu hampir lemas selepas Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas dan terjatuh ke dalam tasik dekat Kampung Jorak Elahi, Bukit Pasir, di Batu Pahat, tengah hari tadi.

Penolong penyelia kilang, Suzaini Mohd Sadali, 43, bertindak demikian selepas menyedari nahas berkenaan ketika dia sedang memandu kereta berhampiran tasik terbabit.



“Saya sedang memandu kereta melalui kawasan sebelah tasik dan ternampak kereta terbabas ke dalam tasik lalu terus berhenti sebelum ternampak dua mangsa perempuan di sebelah tempat duduk pemandu dan penumpang belakang berpaut pada badan kereta sambil menangis.

“Pemandu kereta, seorang lelaki pula sudah terkapai-kapai. Bila nampak saya, dia menjerit minta tolong, saya terus terjun tanpa fikir apa-apa, tak fikir panjang kerana kasihan melihat mereka terkapai-kapai dan menjerit minta tolong,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here