Isuzu D-Max 2023: Tampil kemasan baharu, ada diff-lock untuk semua varian 4×4

1077

Isuzu Malaysia mengemaskini penawaran model trak pikap Isuzu D-Max untuk tahun 2023 untuk memberi imej lebih segar.

Bagi memberi pilihan yang menarik, varian X-Terrain dan Premium kini didatangkan dengan warna baharu Islay Gray Mica serta Dolomite White Pearl yang menggantikan Silky Pearl White.

Pada masa sama, varian Automatik Premium, Auto Plus dan Automatik Standard turut menerima warna baharu Biarritz Blue Metallic menggantikan Sapphire Blue.



Selain daripada itu, bahagian luaran menerima kemasan baharu membabitkan:

  1. Jeriji rekaan baharu dengan warna hitam matt serta kemasan krom gelap.
  2. Rim rekaan baharu. 
  3. Kemasan warna badan kelabu gelap pada bahagian roda, tempat pemijak kaki, pemegang pintu dan rel bumbung.

Bahagian dalaman pula, masih mengekalkan rekaan yang sama tetapi menerima kemasan baharu membabitkan:

  1. Kemasan Cafe Brown pada papan pemuka dan panel pintu.
  2. Kemasan jahitan Cafe Brown pada papan pemuka, stereng, tombol gear, brek tangan dan perehat tangan hadapan.
  3. Kerusi menerima rekaan baharu dengan balutan kulit atau fabrik hitam.
  4. Lampu suasana pada kaki
  5. Perakam video hadapan 1440P (2K), manakala 1080 (FHD) untuk  belakang.
  6. Pengecasan peranti pintar tanpa wayar dan tambahan slot USB-C.

Sementara itu, khusus untuk varian 4×4, ia kini dilengkapi dengan komponen kekunci pembeza belakang (diff-lock) kawalan elektronik untuk tahap cengkaman tambahan yang diperlukan semasa pemanduan di laluan off-road.

Varian Single Cab pula menerima kemas kini kemasukan tanpa kunci dan soket kuasa 12V, manakala varian 3.0 liter Premium Automatik hadir tetapan suspensi yang mampu menampung muatan beban sehingga 775 kg. Peningkatan had muatan sebanyak 195 kg ini adalah untuk disesuaikan dengan penggunaan kebanyakan pemilik di Malaysia Timur.

Dari segi kuasa, ia mengekalkan penawaran enjin diesel turbo 1.9 liter (RZ4E-TC) dengan kuasa maksimum 150 PS pada 3,600 rpm dan daya kilas 350 Nm antara 1,800-2,600 rpm, serta enjin diesel turbo 3.0 liter (4JJ3-TCX) berkuasa 190 PS pada 3,600 rpm dan daya kilas 450 Nm antara 1600-2,600 rpm.

Berikut merupakan senarai harga jualan bagi Isuzu D-Max 2023:

  •    3.0L 4×4 X-Terrain – RM150,938
  •    3.0L 4×4 AT Premium – RM135,638
  •    1.9L 4×4 AT Premium – RM129,149
  •    1.9L 4×4 AT Standard – RM111,499
  •    1.9L 4×4 MT Standard – RM104,099
  •    1.9L 4×2 Auto Plus – RM105,499
  •    3.0L 4×4 MT Single Cab – RM101,888
  •    1.9L 4×4 MT Single Cab – RM94,949

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here