Isuzu D-Max X-Terrain 2022 – 5 perkara baharu yang anda perlu tahu tentang pikap trak ini

1584

Isuzu D-Max X-Terrain kini meningkatkan lagi ciri standardnya dengan menawarkan penambahan minor yang signifikan, ke dalam senarai ciri sedia ada.

Dengan lima anugerah “Trak Pikap Tahunan Terbaik”  sejak pelancarannya setahun lalu, Isuzu D-Max X-Terrain yang baru menepati setiap keperluan dan telah terbukti menjadi satu trak yang paling lasak, serba boleh dan canggih dalam pasaran hari ini.

Ini 5 perkara baharu yang anda perlu tahu tentang Isuzu D-Max X-Terrain 2022: 

1. Tiga warna ditawarkan – Hadir dengan warna baharu iaitu Silky Pearl White dan Onyx Black, selain warna sebelum ini iaitu Valencia Orange.

Jom Baca:   Pemandu Myvi tertekan pedal minyak rempuh kedai serbaneka

2. Around-View Monitor – yang membolehkan persekitaran dipantau 360 darjah. Ciri ini bukan saja menawarkan pandangan mata burung ketika mengundur, ia juga menyediakan pilihan panduan 3D dalam paparan 9 inci bagi meletakkan kereta dengan lebih tepat dan mudah.

3. Pengecas tanpa wayar Qi – Ia terletak di ruang depan gear, yang memudahkan pengguna. Sesuai digunakan untuk hampir semua telefon pintar, telefon boleh dicas dengan mudah dan tanpa gangguan.

4. Lampu alu-aluan di luar yang terletak kemas di bahagian bawah, lampu LED ini akan menerangi kawasan sekitar kaki ketika membuka kunci kenderaan.

Jom Baca:   Tiga model baharu Proton bakal guna enjin 1.5L TGDi, lancar tahun depan

5. Follow-me home lights – Pemandu dan penumpang akan selamat, dan kasut anda juga tidak akan kotor, walaupun di tengah gelap malam.

Rangkaian kuasanya tidak berubah, ia masih menggunakan enjin 3.0-liter yang direka untuk prestasi dan respon lebih baik sementara mengurangkan bunyi dan gegaran. 

Unit ini menjana 190hp dan 450Nm tork dari 1,600 hingga 2,600rpm dan digandingkan dengan transmisi automatik 6-kelajuan.

Isuzu D-Max X-Terrain baru ini akan dibuka untuk tempahan bermula sekarang di semua pengedar Isuzu sah dan akan mula diserahkan kepada pemilik pada pertengahan bulan Julai. 

Jom Baca:   Perodua Aruz 'KAKI JANDA' pusing satu KL

Model baru ini dijual dengan kenaikan harga minimum dengan harga atas jalan (tak termasuk insuran) bermula dengan RM146,938.40.

Untuk maklumat lanjut mengenai D-Max baru yang hebat ini, kunjungi pickuptruck.isuzu.net.my.

Galeri gambar: 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here