Modenas ranking ketiga pendaftaran motor tertinggi, Kriss penyumbang terbesar

2422

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan berkongsi pengeluar motosikal nasional itu berada di tangga ketiga pendaftaran tertinggi motosikal di Malaysia.

Bulan lalu Modenas mendaftarkan sebanyak 8,358 unit motosikal yang mana rekod tertinggi sejak 2008.



“Daripada jumlah tersebut Modenas Kriss menyumbang sebanyak 7,000 unit dan Kriss 110 MR3 kekal pengeluaran tertinggi. 

“Bulan April pula, jumlah pendaftaran motosikal Modenas ialah 7,850 unit dan menduduki ranking ketiga tertinggi di Malaysia,” katanya.

Modenas kekal berada di tangga ketiga pada bulan April dan Mei bagi pendaftaran motosikal tertinggi di Malaysia. Sejak Januari sehingga Mei, Modenas merekodkan pendaftaran motosikal sekitar 31,000 unit.

Perkongsian itu membuktikan Kriss masih kekal menjadi pilihan motosikal rakyat dan mendapat permintaan baik termasuklah di Sabah dan Sarawak.

Pada sidang akhbar tersebut, Roslan menyatakan bermula tahun depan Modenas Kriss akan didatangkan dengan enjin patuh Euro4 seiring dengan regulasi yang ditetapkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Ada beberapa perubahan perlu dibuat termasuk menukar beberapa komponen. Tetapi untuk patuh dengan syarat itu, Modenas kini dalam proses ke arah itu.

“Jika tidak tahun depan kami (Modenas) tidak boleh jual Kriss,” katanya.

Di pasaran tempatan terdapat tiga pilihan Modenas Kriss yang dipasarkan iaitu Modenas Kriss DB, Modenas Kriss 110 dan Modenas Kriss MR2. Buat masa ini kesemua kapcai berkenaan masih menggunakan enjin karburator.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here