Padah tunggang motor tukar nombor plat…

1483

Seorang lelaki yang menunggang motosikal menggunakan nombor pendaftaran #playercutoff @_.hamiezan di bahagian belakang mengundang padah apabila ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdul Razak Osman berkata, lelaki berusia 19 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai itu ditahan di tepi jalan Pasir Puteh, Sik,Kedah jam 6 petang.



Dalam operasi Op Motosikal yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Sik, Inspektor Mohamad Yusri Ahmad Adlan bersama sepasukan anggota menahan motosikal jenis Yamaha Y15 itu di lokasi kejadian untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan terhadap nombor enjin dan nombor casis menggunakan sistem Mobile Cops mendapati ia didaftarkan atas sebuah motosikal jenis Yamaha Y15 iaitu nombor lain.

“Berikutan itu, lelaki yang berasal dari Sik itu ditahan mengikut Seksyen 108 (3)(F) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu pemalsuan nombor pendaftaran,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana gagal memberi keterangan terhadap nombor pendaftaran bertulis.

Selain itu, hasil ujian saringan awal terhadap suspek juga mendapati dia bebas dari pengaruh dadah dan tidak mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah.

Dalam operasi berkenaan sebanyak 123 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya yang membabitkan pelbagai kesalahan dan 13 daripadanya motosikal pelbagai jenis disita mengikut Seksyen 64 APJ 1987.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here