#Tips: Brek depan atau belakang, nak guna yang mana?

4462

Brek merupakan komponen yang dipasang bagi memperlahankan atau menghentikan pusingan roda. Prinsip kerja brek kenderaan adalah mengubah teknik kinetik menjadi panas.

Ini dilakukan dengan menggeselkan dua logam pada objek berpusing yang memperlahankan kenderaan lalu berhenti. 



Brek diletakkan pada bahagian depan dan belakang kenderaan. Brek depan atau brek cakera merupakan salah satu sistem membrek yang konsep kerjanya memanfaatkan komponen tambahan iaitu rotor cakera. 

Komponen ini akan diapit dengan dua buah pad brek supaya dapat memperlahankan pusingan tayar.  Brek cakera lebih unggul kerana rekaannya yang terbuka berbanding brek dram. Rekaan ini juga membantu proses penyejukkan brek.

Oleh itu, brek cakera dapat bekerja secara optimum yang mana brek jenis ini sering digunakan pada kenderaan roda dua mahupun empat.

BREK DEPAN

Bahagian depan motosikal didatangkan dengan brek cakera kerana komponen itu bekerja lebih keras berbanding brek belakang terutamanya ketika dalam kelajuan tinggi.

Bagaimanapun, lebih baik mengelak menggunakan brek depan ketika berada di jalan licin atau penuh pasir. Risiko tergelincir lebih tinggi. 

Selain itu, brek depan memiliki daya cengkaman lebih besar berbanding bahagian belakang yang mana secara teori daya membrek lebih besar. Jika penunggang menekan brek maka automatik titik beban akan berada di depan kerana pemindahan berat.

Ini untuk memperlahankan motor yang mengubah keseimbangan jentera dari roda belakang ke depan sekaligus tayar depan mengawal lebih beban.

BREK BELAKANG

Motosikal biasanya menggunakan brek dram di belakang. Brek dram memiliki daya membrek lebih kuat dan prosesnya yang lembut. Ini kerana ukuran brek pad yang lebih besar berbanding brek cakera sehingga membuatkan brek dram sesuai dengan roda belakang.

Selain itu, brek jenis ini juga digunakan sebagai brek parkir. Brek dram memiliki banyak komponen salah satunya adalah dram dengan rekaan tertutup dan lebih konvensional. 

Komponen ini tidak mudah kotor yang mengganggu operasi membrek maka komponen dapat bekerja secara optimum.

Selain itu, harganya juga lebih terjangkau dan boleh menampung beban lebih berat. Kelebihan lainnya adalah brek belakang dapat digunakan ketika motor bergerak dalam kelajuan sederhana. 

Brek belakang memang tidak memiliki kekuatan sebesar brek depan untuk menghentikan laju motor. Majoriti pengeluar sememangnya mereka sedemikian yang mana spesifikasi brek belakang  lebih rendah berbanding brek depan. 

CARA BEROPERASI

Brek belakang menggunakan metode geseran antara pad dengan sebuah komponen berbentuk mangkuk. Perkara yang membezakan brek dram dengan cakera adalah arah geseran. 

Arah geseran brek cakera ke dalam sehingga mengepit piring brek manakala brek belakang arah geseran adalah ke luar. 

Hal tersebut membuat geseran dapat mengubah tenaga pusingan pada brek dram menjadi tenaga panas sehingga pusingan tayar semakin berkurangan.

Lebih terperinci pembinaan brek dram mempunyai dua brek pad yang diletakkan di bahagian dalam. Kemudian, di bahagian luar pad terdapat komponen berbentuk mangkuk atau dram.

Arah gerakan brek dram ini saling menjauhi dan ketika brek ditekan maka dua buah brek pad akan langsung bergerak ke luar. Gerakan ini akan membuat pad brek menekan permukaan dalam brek dram sehingga geseran terjadi. 

CARA BREK

Majoriti pakar mencadangkan penggunaan brek depan sebanyak 70 peratus yang menggunakan tuil brek pada hendal kanan dan selebihnya roda belakang menggunakan pedal kaki kanan.

Dalam penggunaan kedua brek bagi membuat kendaraan lebih stabil, anda dapat menggunakan kedua secara bersamaan. Namun, untuk pemula, boleh memilih menggunakan brek belakang saja dalam situasi tertentu. 

Jika tidak bertujuan menghentikan kendaraan, penggunaan brek depan boleh diminimumkan. Selain itu anda juga boleh cuba berhenti dengan tayar depan sahaja kemudian tayar belakang sahaja dan akhirnya kombinasi brek depan/belakang. 

Dengan latihan secara berterusan itu, anda pasti akan dapat mengetahui tekanan yang perlu digunakan ketika membrek. Pendek kata ketahui had dan keserasian anda dengan motor. 

Selanjutnya, untuk menjaga kondisi sistem brek lebih optimum pastikan merawatnya dengan baik. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here