Polis kesan perakam video tiga remaja keluar kepala dari bumbung suria

950

Polis sedang mengesan individu yang merakam video memaparkan MPV yang membenarkan tiga remaja mengeluarkan kepala melalui bumbung suria, di Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh, kelmarin bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, semalam pihaknya mengesan rakaman video tular yang dimuatnaik  Facebook Malaysia Automotive Shitposting.



“Polis berjaya mengesan pemandu dan penumpang kenderaan yang terlibat dalam kes ini. Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 1 Mac kira-kira jam 10.40 malam.

“Ketiga-tiga individu yang mengeluarkan kepala daripada MPV berkenaan masing-masing berumur 16 dan 13 tahun,” katanya.

Ketika kejadian ibu bapa remaja tersebut berada dalam kenderaan yang dipandu saudara mereka. 

Pihak polis meminta individu yang merakam video kejadian menghubungi pegawai penyiasat bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain.

Menurutnya, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu kerana mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kecederaan fizikal.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here