Rider maut langgar kereta berhenti di lorong kecemasan

930

Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam satu kemalangan di KM128.4 Lebuhraya Utara Selatan (Pagoh-Yong Peng), Batu Pahat, semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila lelaki berusia 32 tahun itu terlanggar belakang sebuah kereta yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada enjin.
 
“Akibat perlanggaran itu menyebabkan lelaki yang berasal dari Kulai itu mengalami cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kereta berusia 59 tahun sekadar cedera ringan.
 
“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Nora, Batu Pahat untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya.
 
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Polis Batu Pahat turut meminta saksi awam yang menyaksikan kejadian menghubungi pegawai penyiasat Insp. Muhammad Asma’I Md Yusuff di talian 013-6550128 bagi membantu siasatan.


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here