Honda Malaysia bakal lancar tiga model baharu (2023), satu model facelift

863

Honda Malaysia bakal memperkenalkan empat model tahun ini yang mana tiga daripadanya  merupakan model baharu dan satu model naiktaraf.

Maklumat berkenaan didedahkan pada majlis pelan perniagaan syarikat berkenaan Jumaat lalu.



Salah satu model yang dinyatakan merupakan SUV kompak yang bakal diperkenalkan pada suku ketiga tahun ini. Produk yang dimaksudkan adalah Honda WR-V.

Sementara, dua lagi model baharu yang akan menyertai SUV tersebut adalah Honda CR-V dan Civic Type R (FL5).

Mengukuhkan lagi kehadiran SUV segmen-C berkenaan apabila beberapa imej intip CR-V dikesan menjalani ujian enduran di Malaysia.

Manakala, satu lagi model yang bakal diperkenalkan adalah City yang mana versi naiktaraf berkenaan diperkenalkan di India, awal bulan ini. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here