Honda Malaysia sah akan hentikan jualan Honda BR-V, tiada gen-2

922

Penantian kemunculan Honda BR-V generasi kedua ke pasaran tempatan akhirnya terjawab.

Honda Malaysia mengesahkan tidak akan membawa masuk MPV berkenaan ke pasaran tempatan dan digantikan dengan Honda WR-V. Bagaimanapun, pengedar rasmi jenama Honda itu tidak memberi penjelasan terhadap penamatan jualan BR-V berkenaan.



Menurut sumber boleh dipercayai, difahamkan keputusan berkenaan susulan pasaran MPV yang kecil di Malaysia dan pertumbuhan segmen SUV yang positif.

Honda BR-V tiba di pasaran tempatan awal 2017 menerusi dua pilihan varian. Kemudian, Honda Malaysia memperkenalkan versi naik taraf sekitar pertengahan 2020.

MPV itu dijana oleh enjin 1.5 liter SOHC i-VTEC yang menghasilkan kuasa 120PS @ 6,600rpm dan tork 145Nm @ 4,600rpm.

Generasi kedua sudahpun di jual di negara jiran misalnya Indonesia dan Thailand. Indonesia memperkenalkan MPV itu pada tahun 2021 menerusi enjin 1.5 DOHC i-VTEC yang menghasilkan kuasa 121PS @ 6,600rpm dan tork 145Nm @ 4,300rpm, dengan transmisi automatik CVT. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here