Pemandu lori tong gas maut rempuh lori berhenti di bahu jalan

456

Seorang pemandu lori tong gas maut selepas kenderaannya merempuh lori kontraktor kabel yang berhenti di bahu jalan di Simpang 4 Sejagop, Pasir Salak, hari ini.

Azmil A Bakar, 38, dari Sitiawan, Perak meninggal dunia di lokasi kejadia pada kira-kira jam 1.45 petang tadi.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampong Gajah, Pegawai Bomba Kanan II Tajul Arif Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 1.49 tengah hari.

“Mangsa didapati tersepit dalam lori lima tan dipandunya dan dikeluarkan oleh pihak bomba sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan hospital.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here