Pernah tular sekampung beli kereta, lepas setahun ini nasib jutawan segera itu…

687

Tahun lalu, penduduk kampung Sumurgeneng di daerah Jenu, Tuban, Indonesia bergelar jutawan segera selepas menerima wang pampasan tanah bagi pembangunan kilang petroleum milik Pertamina dan syarikat Rusia, Rosneft.

Penduduk desa tersebut tular kerana membeli kira-kira 176 buah kereta baharu, malah ada antara mereka yang membeli dua hingga tiga buah kereta. 



Sayangnya, tidak bertahan lama yang mana dianggarkan 15 buah kereta terlibat dalam kemalangan gara-gara pemilik tidak pernah memandu.

Apakah nasib jutawan segera berkenaan selepas setahun?, menurut media Indonesia nasib penduduk itu tidak seperti dulu lagi.

Jangankan membeli kenderaan baharu, untuk keperluan seharian juga susah. Kebanyakan mereka jatuh miskin hingga menjual haiwan ternakan untuk bertahan hidup.

Perkara itu diketahui apabila warga enam desa tersebut membuat tunjuk perasaan di depan pejabat projek GRR Tuban.

Musanam, warga Desa Wadung mengaku menyesal menjual tanah dan rumahnya ke PT Pertamina Rosneft Pengolahan dan Petrokimia (PRPP) setahun lalu.

Dia yang berusia 60 tahun tidak lagi memiliki penghasilan tetap, sebagaimana setiap masa tuaian. 

“Sudah tak jual tiga ekor (lembu) untuk makan dan kini tersisa tiga,” katanya. 

Mereka kini hanya menggunakan wang tabungan kerana tiada pekerjaan lagi setelah tanah yang menjadi sumber penghasilan dibeli PRPP.

Mereka sebenarnya sempat dijanjikan pihak perusahaan akan diberikan pekerjaan, tetapi selama setahun lebih, janji itu tidak kunjung tiba.

Ladang hilang, pekerjaan pun tak datang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here