[Video] Terkejut kehadiran polis, seorang lelaki lari ‘lintang pukang’

405

Tular satu video yang menunjukkan seorang lelaki melarikan diri apabila mengetahui kehadiran polis di Ipoh, Perak.

@rsydrdzuan._ Membalas kepada @Ibucantik ameera ♬ bunyi asal – rsyd⚡️

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata hasil semakan mendapati kejadian berlaku pada 2 April pada jam kira-kira 3 pagi di Jalan Jelapang, Ipoh.



“Ketika itu, sepasukan polis daripada cawangan penguatkuasa bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik IPD Ipoh menjalankan operasi samseng jalanan di lokasi setelah menerima aduan orang awam mengenai aktiviti lumba haram.

“Siasatan polis mendapati individu yang melarikan diri merupakan orang awam yang panik dengan kehadiran polis secara mengejut dalam operasi malam tersebut,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan.

Polis mengeluarkan 49 keping saman trafik atas pelbagai kesalahan lalu lintas pada operasi berkenaan.

Operasi berterusan akan dijalankan bandar raya Ipoh bagi membanteras aktivi lumba haram yang membahayakan keselamatan pengguna jalan raya. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here