Tiga kritikal kereta rempuh gerai nasi lemak

698

Tiga kritikal sementara enam lagi cedera apabila sebuah kereta terbabas lalu merempuh sebuah gerai nasi lemak di Jalan Hospital dekat Taman Suria, Jitra.

Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, kejadian yang berlaku pada jam 8.25 pagi itu turut melibatkan tiga buah kereta lain dan enam motosikal.



“Siasatan awal mendapati salah sebuah kereta terlibat terbabas dan melanggar kereta yang diletakkan di tepi jalan sebelum merempuh orang ramai yang beratur untuk membeli nasi lemak di gerai berkenaan.

“Seramai sembilan cedera dengan tiga daripada mereka kritikal yang kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk rawatan lanjut,” katanya.

Katanya, pihak polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kemalangan tersebut termasuk mengambil keterangan saksi di lokasi kejadian.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here