Dilanggar trak pikap, badan rider terputus dua

2434

Badan seorang lelaki terputus dua selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah pikap di Batu 21 Jalan Sibu-Bintulu, Sibu, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, kejadian berlaku pada jam 8.20 pagi, dengan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai terkena besi penghadang jalan.



Katanya, ketika kejadian mangsa yang berusia 20 tahun berada di laluannya sebelum motosikalnya dilanggar Toyota Hilux dipandu lelaki tempatan berumur 48 tahun yang memasuki laluan bertentangan.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal terbabit mengalami cedera parah di bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Hospital Sibu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here