Toyo Tires lancar Proxes Sport 2: Ada 31 saiz, harga bermula RM700 sehingga RM1,300

380

Toyo Tyre Sales and Marketing Malaysia Sdn Bhd (Toyo Tires) melancarkan tayar terbaru membabitkan Proxes Sport 2 yang direka bagi peminat-peminat kereta berprestasi tinggi.

Proxes Sport 2 menawarkan dua ciri baharu bagi membezakannya dengan tayar siri sebelumnya, iaitu kestabilan pengendalian dan cengkaman mantap di permukaan basah.

Tayar baharu itu juga membolehkan pemandu melalui selekoh dengan mudah dan memberikan cengkaman sempurna di jalan basah untuk memastikan keselamatan dan kestabilan maksimum walaupun dalam keadaan cuaca yang mencabar.



Ia tampil corak reka bentuk asimetri unik serta dapat menawarkan prestasi yang unggul atas permukaan jalan yang basah dan kering. 

Kompaun bunga asimetri unik ini juga dapat memastikan kestabilan pengendalian selekoh dan meningkatkan cengkaman pada permukaan basah.

Proxes Sport 2 dibuat daripada bahan termaju yang dapat meningkatkan prestasi tayar. Ia dibuat daripada kompaun yang membolehkan cengkaman mantap dan seimbang bagi memberikan pengalaman pemanduan yang selesa dan selamat.

Selain itu, ia tampil dengan rekaan profile baharu terutama pada lengkuk pada bahagian dinding tayar. 

Jarak membrek Proxes Sport 2 di jalan kering lebih pendek 4 peratus manakala 16 peratus di permukaan basah jika dibandingkan tayar siri sama sebelum ini iaitu Proxes Sport. 

Presiden/Pengarah Urusan Toyo Tyre Sales and Marketing Malaysia Sdn Bhd, Tan Song Chye berkata: Proxes Sport 2 dioptimumkan untuk kuasa tork yang tinggi bagi pemanduan yang megujakan untuk semua pemandu. 

“Dengan komitmen terhadap inovasi dan kecemerlangan, kami yakin bahawa tayar ini akan menjadi pilihan utama bagi pemandu yang mencari tayar berprestasi tinggi,” katanya.

Proxes Sport 2 boleh didapati dalam 31 saiz untuk kereta dari segmen C (termasuk segmen eksekutif kompak) kepada segmen F, di mana-mana Pusat Tayar Toyo, bermula dari harga RM700 hingga RM1,300 setiap tayar, bergantung kepada saiz tayar yang terpilih.

Sebelum ini, Toyo Tires turut melancarkan tayar Open Country A/T III (OPA/T 3). Tayar all-terrain (sesuai untuk semua permukaan jalan) ini mempunyai peningkatan alur sisi untuk cengkaman offroad yang lebih baik, walaupun dalam keadaan yang mencabar. Tayar serba boleh ini direka untuk mengendalikan pengembaraan onroad dan offroad, untuk pelbagai jenis pemanduan.

Tayar all-terrain ini mempunyai corak bunga yang agresif untuk memberikan cengkaman mantap atas pelbagai permukaan, termasuk jalan tanah dan batu kerikil.

OPA/T 3 juga menggabungkan teknologi Toyo Tires sendiri, T-Mode dan Nano Balance untuk menawarkan keseimbangan, keselesaan dan prestasi yang tayar yang terunggul. 

OPA/T 3 boleh didapati dalam 14 saiz, bermula harga RM500 hingga RM1,200 setiap tayar, bergantung kepada saiz tayar terpilih.

Untuk maklumat lanjut mengenai Proxes Sport 2, Open Country A/T III, dan produk Tayar Toyo yang lain, sila layari www.toyotires.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here