Honda WR-V 2023: Dibuka untuk tempahan, sah varian RS ditawarkan!

3373

Honda Malaysia mengumumkan bahawa Honda Small SUV yang dinanti-nantikan, All-New Winsome Runabout Vehicle (WR-V) kini dibuka untuk tempahan di semua 101 pengedar di seluruh negara. 

SUV kecil oleh Honda bakal menjadi penentu arah aliran seterusnya yang akan memenangi hati peminat SUV.



Penampilan sporty WR-V serba baharu diperkuatkan oleh reka bentuknya yang padat dengan berukuran 4,060mm panjang, 1,780mm lebar dan 1,608mm tinggi. 

Dengan pelepasan tanah yang tinggi 207mm, yang mengatasi kereta dari kelas di atas, WR-V menawarkan kepraktisan dan mudah dikendalikan untuk perjalanan di bandar.

Ia akan ditawarkan dengan varian RS yang menampilkan lambang RS, gril hadapan yang unik dan Roda Aloi Dwi-Tona 17″. 

Penampilannya yang anggun dan sporty dipertingkatkan dengan pemegang pintu belakang gaya coupé, memberikannya gaya yang edgy.

WR-V serba baharu turut menampilkan Cermin Pintu Boleh Tarik Kuasa, Lampu Utama LED Auto dan Lampu Siang LED (DRL) serta Lampu Kabus Depan LED dan Lampu Isyarat Sequential LED.

Dilengkapi dengan enjin berkuasa dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang menjana kuasa maksimum 121PS dan tork maksimum 145Nm padanan transmisi CVT.

WR-V serba baharu juga dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan, termasuk Honda SENSING, teknologi keselamatan yang komprehensif dan termaju yang terdiri daripada lapan fungsi keselamatan:

  • Sistem pembrekan mitigasi pelanggaran (CMBS)
  • Sistem bantuan kekal lorong (LKAS)
  • Sistem mitigasi keluar jalan dengan amaran keluar lorong (RDM dengan LDW)
  • Lampu suluh tinggi auto (AHB)
  • Kawalan jelajah adaptif (ACC) 
  • Sistem notifikasi kereta depan keluar lorong (LCDN)
  • Honda LaneWatch

Sekiranya mahu melihat lebih dekat kenderaan ini, anda boleh berkunjung di pengedar Honda terpilih seperti berikut:

Galeri Gambar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here