Utama Berita Automotif Helikopter bomba terhempas, tujuh penumpang dalam keadaan stabil

Helikopter bomba terhempas, tujuh penumpang dalam keadaan stabil

321
Sebuah helikopter dilapor terhempas ketika menjalani ujian penerbangan di Subang pada pagi Sabtu.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Kapten Norazman Mahmud mengesahkan insiden itu dalam satu kenyataan media.
 
Jelasnya, tujuh penumpang termasuk juruterbang terselamat dan berada dalam keadaan stabil.
 
“Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan insiden kemalangan  helikopter jenis Leonardo SpA AW189, nombor pendaftaran 9M-BOF di kawasan apron UniKL MIAT Hangar dekat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada Sabtu, 22 Julai 2023.
 
“Helikopter yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu sedang menjalani ujian penerbangan,” jelasnya.
 
Bagaimanapun, ketika sesi ujian, helikopter tersebut terhempas di kawasan hangar.
 
Menara kawalan trafik udara Subang menerima laporan kemalangan pada jam 11.52 pagi dan Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) telah bertindak segera terhadap insiden tersebut.
 
Siasatan lanjut akan dijalankan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan mengikut Peraturan-peraturan Penerbangan Awam 2016.


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here