Kawasaki ZX-25RR masuk Malaysia awal tahun depan

715

EMOS, pengedar rasmi motosikal Kawasaki di Malaysia akan membawa masuk ZX-25RR awal tahun depan. 

Difahamkan versi ZX-25RR pasaran Malaysia yang bakal diperkenalkan hanya berbeza pada bahagian suspensi belakang berbanding ZX-25R yang diperkenalkan minggu lalu. 



Malaysia bakal menerima suspensi jenis Showa Balance Free Rear Cushion (BFRC) boleh laras sama seperti yang digunakan pada Kawasaki ZX-25RR Indonesia dan ZX-10R. 

Sebagai perbandingan, Kawasaki ZX-25RR Indonesia didatangkan dengan tambahan sistem suspensi depan fork depan terbalik (USD) 37mm SFF-BP jenis boleh laras prabeban dan top-out spring.

Manakala sistem monoshock belakang pula adalah jenis Showa BFRC-Lite boleh laras penuh.

Kawasaki ZX-25RR negara jiran itu hanya ditawarkan dalam warna hijau KRT pada harga Rp132 juta (RM40, 171).

Untuk makluman, warna badan hijau KRT tersebut diperkenalkan pada Kawasaki ZX-25R SE yang baru dilancarkan di pasaran Malaysia. 

Berapa pula harga ZX-25RR berkenaan apabila masuk Malaysia nanti?.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here