SWM Environment guna ‘Robot Street Sweeper’ bagi pembersihan kawasan pelancongan

184

SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment), syarikat konsesi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam menggunakan ‘Robot Street Sweeper’ di sekitar kawasan pelancongan di Bandaraya Melaka.

Jentera pembersihan yang melakukan kerja sapuan secara automatik itu beroperasi di sekitar Zon Bebas Kenderaan di Bandar Hilir pada Sabtu setiap minggu bermula jam 6 petang hingga 12 malam.



Robot Dream C&G tersebut boleh dikendalikan secara automatik menggunakan alat kawalan jauh mengikut kesesuaian atau secara manual menerusi seorang pekerja.

Berikut spesifikasi robot keluaran Korea Selatan milik SWM Environment:

  • Model DCG-RCB200 itu menggunakan bateri DC 24V-200A yang mampu bertahan sehingga 8 jam waktu bekerja
  • Robot dengan dimensi panjang 1,750mm, lebar (940mm) dan tinggi (1,310mm) itu mampu menampung 100 liter sampah pada satu-satu masa
  • Denga berat 230kg, ia mudah dikendalikan dengan seorang tenaga kerja dan dapat membersihkan kawasan seluas 3,000 meter dalam tempoh sejam
  • Radius pusingan pula 1.3 meter dengan kelajuan 2 hingga 3kmj 
  • Robot ini mengesan kotoran dan sampah menerusi sensor radar dan ultrasonik serta fungsi pengesanan yang mampu mengesan objek 45 darjah ke bawah di bahagian depan
  • Ia juga boleh berhenti secara automatik apabila terdapat halangan
  • Lampu beacon pada bahagian depan menggunakan tenaga solar yang melindungi keselamatan pekerja dan orang ramai di sekitar lokasi pembersihan
  • Jentera pintar ini turut dilengkapi dengan dua berus sapuan dan sedutan di bahagian depan yang mampu memasuki ruang sempit di samping salur penyedut berkuasa
  • Buat masa ini, SWM Environment menggunakan dua unit robot DCG-RCB200 untuk pembersihan di Bandar Hilir Melaka

“Penggunaan Dream C&G Road Sweeping Robot adalah komitmen dan inisiatif tambahan SWM Environment dalam usaha berterusan memastikan kebersihan di kawasan tumpuan pelancong,” kata Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin.

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here