VW mungkin tutup 3 kilang, buang puluhan ribu pekerja di Jerman

87

Sekurang-kurangnya tiga kilang pemasangan kenderaan milik Volkswagen di Jerman akan ditutup dalam langkah penstrukturan semula terbaharu oleh pengeluar tersebut.

Menurut laporan Reuters, langkah terbaharu ini bakal menyebabkan puluhan ribu pekerja hilang mata pencarian sekiranya tidak ditangani dengan serius.

Selain penutupan kilang, Volkswagen juga merancang untuk memotong gaji sehingga 10 peratus, selain mengesahkan pembekuan gaji pada tahun 2025 dan 2026.



Ahli lembaga Volkswagen menyifatkan keadaan ini sebagai satu situasi yang serius, dan “tanpa langkah pencegahan yang komprehensif untuk memulihkan daya saing, kita tidak akan dapat membiayai pelaburan masa depan yang signifikan.

Salah satu fasiliti yang dimaksudkan itu ialah kilang pemasangan Brussels, di mana Audi mahu menamatkan produksi Q8 e-tron seawal mungkin disebabkan penurunan kadar permintaan yang ketara.

Menurut laporan, Volkswagen masih lagi gagal untuk mencari pembeli yang bersesuaian biarpun terdapat 26 pihak yang berminat untuk mengambil alih fasiliti tersebut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here