KEPERIHATINAN ANDA,KESELAMATAN BERSAMA -SUZUKI

689

“Keperihatinan Anda,Keselamatan Bersama.”Demikian Tema Kempen Keselamatan Jalanraya AMI-SUZUKI pada tahun 2024. 

Suzuki Malaysia Sdn Bhd telah melaksanakan kempen Keselamatan Jalanraya buat kali ke 2 sempena perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini.

 

Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan Pengedar Motosikal & Skuter Malaysia(MMSDA), Dato’ Wee Hong .

Majlis yang berlangsung di Kawasan Hentian Rehat Plaza Tol Sungai Besi Arah Selatan mendapat sambutan yang mengalakkan. 

Menurut Ahmad Faez Tan Sri Yahya, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat AMI. Tema yang dipilih memfokuskan prihatinan yang didambakan dari pengguna jalanraya.

 

 

Suzuki Malaysia berharap penglibatan dan usaha penganjuran kempen keselamatan Jalanraya ini dapat membantu pihak kerajaan.

Kempen keselamatan jalanraya ini juga selain membantu mengurangkan kemalangan serta kehilangan jiwa juga berniat menyedarkan khususnya penunggang dan pembonceng motosikal.

 



Program ini merupakan inisiatif yang ke 7 dalam siri acara yang dianjurkan setiap tahun oleh syarikat AFY Mobility Industries(AMI).

Tawaran pemereksaan keselamatan pada 16 bahagian motosikal oleh mekanik Suzuki terlatih,penukaran topi keledar lama dengan baru dan jaket keselamatan diberi secara percuma sewaktu Kempen tersebut. 

Kempen Keselamatan Jalanraya yang dianjurkan o;eh AMI turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Pengedar Mptosikal & Skuter Malaysia (MMSDA). 

 

Lembaga Lebuhraya Malaysia(LLM),JPJ,PDRM,Miros dan PLUS juga bekerjasama dalam kempen tersebut. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here