10 anggota trafik miliki lebih RM3,000 wang tunai ditukar ke bahagian pentadbiran

367

Seramai 10 anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang disiasat berhubung penemuan wang tunai lebih RM3,000 semasa melaksanakan operasi telah ditukar penugasan ke bahagian pentadbiran.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, semua mereka akan melakukan tugasan pentadbiran sehingga siasatan selesai.

“Siasatan itu dilakukan hasil dari tindakan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana kita menjalankan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan anggota yang terbabit dengan penguatkuasaan ini mengikut SOP.
 

“Berhubung penemuan semalam, kes ini masih dalam siasatan, kita perlu siasat sama ada wang yang ditemui adalah wang milik sendiri atau ada elemen-elemen lain,” katanya.



Ahad lalu, akhbar tempatan melaporkan 10 anggota polis trafik termasuk seorang pegawai berpangkat Inspektor disiasat berhubung penemuan wang berkenaan di dalam beg dan kereta peronda mereka ketika menjalankan Op Alkohol.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here