Nahas pesawat ringan, ini info Blackshape Gabriel BK160TR yang perlu anda tahu…

270

Pesawat ringan Blackshape Gabriel dibangunkan oleh pengeluar Itali, Blackshape untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat bagi latihan juruterbang tentera dan awam.

Nahas pesawat ringan di kawasan kebun kelapa sawit Kampung Tok Muda, Klang yang berlaku petang semalam melibatkan model Gabriel BK160TR kendalian Air Adventure flying Club (AAFC).



Gabriel BK160TR dengan nombor pendaftaran I-POOC itu adalah keluaran tahun 2022 dan didatangkan dengan kapasiti tandem dua tempat duduk. 

Menurut laman web rasmi Blackshape, Gabriel BK160TR adalah satu-satunya pesawat yang direka khusus untuk tujuan latihan dalam tempoh 50 tahun yang lalu.

Ia direka bagi menawarkan fleksibiliti operasi, kokpit kru yang selesa dan keterlihatan yang luas buat kadet dan pengajar.

Model standard Gabriel BK160 diperkenalkan pada pameran perdagangan AERO Friedrichshafen, April 2017 manakala versi naiktaraf yang dinamakan Gabriel Turboprop (Gabriel-TP) dilancarkan pada Pertunjukan Udara Singapura 2020.

Sementara, BK160TR merupakan versi tertinggi yang dilengkapi persekitaran kokpit kaca moden dengan dwi kawalan.

Berikut informasi ringkas tentang pesawat tersebut :

  • Menggunakan enjin Lycoming IO-320-D1B berkuasa 160hp
  • Kelajuan maksimum 160 knot dan kelajuan pelayaran 140 hingga 145 knot manakala laju pegun (stall speed) adalah 48 knot
  • Direka sebagai pesawat latihan moden, struktur pesawat ringan itu menggunakan material gentian karbon dengan gear pendaratan yang boleh dilipat dan tiga bilah kipas komposit siri Hartzell Raptor
  • Dimensi tinggi dan panjang masing-masing 8.07 kaki dan 24.41 kaki manakala rentang sayap adalah 29.52 kaki 
  • Syarikat melaporkan BK160TR  menawarkan jarak penerbangan kira-kira 400 batu nautika dan berat pelepasan maksimum 850kg
  • Ciri keselamatan yang ditawarkan antaranya lima poin tali pinggang keselamatan, payung terjun balistik dan tangki bahan api anti letupan
  • Dua kokpit didatangkan dengan ciri peralatan yang sama agar mudah dikendalikan jurulatih. Kokpit belakang didatangkan dengan ciri peralatan buka dan lepas dua gear pendaratan, pengurusan kecemasan sekiranya berlaku ketidakupayaan kadet dan mod jurulatih/pemantauan/penumpang
  • Ciri peralatan pada kokpit depan antaranya autopilot GFC500 Garmin, penunjuk dan kawalan kepak, pengesan pemancar kecemasan ELT E-04, panel audio PSEngineering PMA8000E, stand-by EFIS Garmin G5 dan kompas serta lain-lain
  • Harga jualan pesawat itu dianggarkan sekitar USD 735,000 (RM3.5 juta)

Sementara itu, laman web rasmi AAFC menyatakan organisasi memiliki pengalaman 15 tahun dalam latihan penerbangan dan melatih lebih daripada 900 pelajar serta menyediakan lapan jenis pesawat untuk latihan penerbangan.

Di samping itu, AAFC turut menawarkan servis sewa pesawat serendah RM825 mengikut model. 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here