Banjir : Laluan ke stesen KTMB Arau tidak boleh diakses

8
 
Akses jalan ke Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Stesen Arau tidak boleh dilalui akibat banjir.
 
Sehubungan itu, penumpang ETS yang menggunakan Stesen Arau boleh naik dan turun tren di Stesen Kodiang sehingga keadaan kembali pulih.
 
KTMB menerusi perkongsian di akaun Facebook menyatakan penyesuaian tersebut dijalankan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan penumpang ke stesen.
 
“Hebahan awal turut dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada pelanggan yang terkesan bagi memaklumkan pertukaran lokasi stesen.
 
 
“Buat masa ini perkhidmatan tren ETS masih beroperasi seperti biasa, tertakluk kepada situasi semasa di sektor utara.
 
“Kakitangan KTMB berada di Stesen Kodiang bagi membantu dan menyelaras pergerakan penumpang, memastikan proses berjalan lancar dan teratur,” menurut kenyataan.
 
Jelasnya, KTMB akan terus memantau keadaan cuaca dan paras air, serta mengemas kini perkembangan terkini melalui saluran media sosial rasmi dari semasa ke semasa.
 

 

 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here