Bakar kereta polis demi konten TikTok

180

Ingin mendapatkan tontonan tinggi di aplikasi TikTok dipercayai menjadi punca pekerja p-hailing membakar kereta polis bantuan di Stesen Transit Aliran Massa (MRT) Mutiara Damansara, di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, siasatan awal mendapati tujuan lelaki itu melakukan perbuatan terbabit bagi mendapat ‘rating’ tinggi di TikTok.

“Hasil siasatan suspek tiada rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing dapati dia positif dadah morfin,” katanya.



Lelaki berusia 25 tahun itu yang masih bujang bekerja sebagai p-hailing sejak tiga tahun.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here