GWM Malaysia bakal lancar Ora 07 bulan depan

158

Selepas Ora Good Cat, Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal mempelbagaikan pilihan produk menerusi model Ora 07.

Turut dikenali sebagai Ora Lightning Cat atau Grand Cat, Ora 07 bakal diperkenalkan ke pasaran tempatan pada bulan depan.

Ora 07 pertama kali diperkenalkan pada 2021 di China. Manakala Thailand melancarkan model tersebut tahun lalu pada harga mula RM172,000. Bagaimanapun, GWM Malaysia masih berahsia tentang harga model tersebut, tunggu saja pada hari pelancaran.



Di Thailand, EV mirip model Porsche itu didatangkan dengan dua konfigurasi iaitu motor elektrik tunggal dengan perbatuan 640km dan pilihan dua motor elektrik dengan pacuan semua roda serta jarak pemanduan 550km.

Kedua-duanya didatangkan dengan bateri litium ternary 83.5-kWh. Thailand menawarkan dua pilihan varian menerusi Long Range (150kW/340Nm) dengan kelajuan maksimum 170kmj dan Performance (300kW/680Nm) dengan kelajuan maksimum 170kmj.  

Panjang Ora 07 pula adalah 4,871mm, lebar (1,862mm) dan tinggi (1,500mm) serta jarak roda 2,870mm.  

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here