BMW perkenal versi naiktaraf iX (2024), pengecas 22kW dan suspensi udara standard

126

BMW Malaysia memperkenalkan versi naiktaraf BMW iX xDrive50 Sport dan BMW iX M60 ke pasaran tempatan. Sekaligus menjadikan xDrive40 dikeluarkan daripada senarai produk.

Kedua-dua kereta elektrik (EV) tersebut menerima naiktaraf ciri peralatan di samping  didatangkan dengan keupayaan pengecasan baharu AC Charging Professional 22kW secara standard.



Ia memendekkan masa pengecasan sama ada di rumah mahupun pengecasan awam AC di bawah 5 jam 30 minit dari kosong hingga 100 peratus.

Di samping itu, kedua-dua EV masih lagi mengekalkan pengecasan berkuasa tinggi sehingga 195kW yang mana isian bateri kosong hingga 80 peratus hanya mengambil masa 35 minit. 

Manakala pengecas wallbox AC 11kW pula mengambil masa 11 jam bagi isian bateri dari kosong hingga 100 peratus.

LEBIH BERKUASA

BMW iX xDrive50 Sport didatangkan dengan motor elektrik lebih berkuasa dengan output 523hp dan tork 765Nm. Ia dipadankan dengan bateri lebih besar 111.5kWh yang menawarkan jarak perbatuan sejauh 630km.

Hasilnya, iX xDrive50 mampu memecut dari 0-100kmj dalam tempoh 4.6 saat dengan kelajuan maksimum 200kmj. 

xDrive50 didatangkan dengan lampu utama laser BMW dengan bantuan lampu tinggi, rim aerodinamik 22-inci, Comfort Access, sistem Live Cockpit Professional dengan paparan kluster instrumen 12.3-inci serta skrin infotainmen 14.9-inci.

Sementara, BMW iX M60 masih membawakan konfigurasi dua motor dengan ouput 619hp dan tork 1,015Nm serta jarak perbatuan 561km.

Torknya lebih tinggi berbanding xDrive50 yang hanya 765Nm. Tetapi angka tersebut hanya dapat dicapai menerusi pengaktifan Kawalan Pelancar. Ini membolehkan SAV itu memecut ke 100kmj dari pegun hanya dalam tempoh 3.8 saat.

Dalam mod Sport, kuasa puncak dikekalkan pada 610hhp tetapi tork dikurangkan kepada 1,015Nm. 

SUSPENSI DUA GANDAR

Kini kedua-dua SAV didatangkan standard dengan suspensi udara dwigandar yang menjamin pengalaman pemanduan lebih lancar dan menyerap permukaan jalan yang tidak rata lebih baik.

Selain itu, BMW juga menampilkan Iconic Sounds Electric secara standard. Bahagian kabin tampil mewah menerusi rekaan atelier dengan aksen Sensatec pada konsol tengah dan perehat tangan.

Pengalaman pemanduan semakin selesa ditemani 18 pembesar suara Harman Kardon,  pengecasan tanpa wayar dan penyaman udara automatik empat zon. 

HARGA

Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans) bagi

 Sport dan BMW iX M60 dengan Waranti Lanjutan dan Inklusif Servis & Pembaikan BMW ialah:

  • iX xDrive50 Sport : RM465,800
  • iX M60 : RM579,800
  • Waranti Lanjutan 5 Tahun dan Pakej Servis : RM33,200

Dengan ‘Easy Drive Financing Plan’, ansuran bulanan bagi BMW iX xDrive50 Sport bermula dari RM5,877 dan BMW iX M60 pula serendah RM7,220 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80 peratus bagi tempoh lima tahun).

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here