Parkir berlapis, telefon 80 kali tak diangkat wanita terpaksa naik grab ke hospital

144

Tindakan penting segelintir individu melibatkan isu ‘double park’ (parkir berlapis) lebih banyak memudaratkan pengguna sekeliling.

Seperti mana yang berlaku pada seorang wanita ini yang akhirnya memesan p hailing setelah kenderaan dihalang Honda City berwarna hitam.



Menerusi perkongsian pengguna TikTok Alepdepay, kejadian itu berlaku di kawasan flat Sri Pahang, Bangsar, baru-baru ini.

Kesian kat akak tu, nak gi hospital kene naik grab pulak. Dahla naik grab pastu kene bayar parking extra sebab orang kurang cerdik macam ni. Bertabah ya kak,” tulisnya pada kapsyen video.

Video yang mendapat jumlah tontonan lebih 1.3 juta itu menunjukkan pemilik kenderaan meninggalkan nombor telefon pada papan pemuka. Malangnya, panggilan telefon wanita berkenaan tidak diangkat.

Sebelum meninggalkan kenderaannya, wanita tersebut meninggalkan nota pada cermin depan kenderaan tersebut.

“Disebabkan saya ada emergancy dekat hospital, kereta Honda hitam awak jadi penyebab saya tak boleh nak kemana-mana. 

“Terima kasih sebab tinggalkan nombor telefon tapi call 80 kali tak jawab-jawab. Awak memang terbaik!!,” tulisnya. 

Bagaimanapun, ada antara pengguna media sosial yang memuji wanita berkenaan masih berhemah dalam penulisan walaupun tindakan pemandu Honda tersebut menyusahkan dirinya.

Selain itu, mereka juga memberi cadangan agar wanita tersebut menghubungi pihak tunda bagi mengalihkan kenderaan berkenaan. 

Isu parkir berlapis tiada kesudahan kerana bilangan kenderaan semakin meningkat di samping kemudahan parkir yang terhad.

Sekiranya kejadian sedemikian berlaku kepada anda, hubungi polis trafik atau pihak berkuasa tempatan (PBT). Mungkin akan mengambil masa sedikit tetapi pesalah akan dikompaun. 

 

 

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here