[Video] Padah ‘double park’, pemilik Proton Saga hanya rakam keretanya dirempuh

1836

Ingin mudah, cepat dan perkataan paling sesuai adalah penting diri, seseorang itu hanya perlu double park kenderaan mereka daripada bersusah payah  mencari ruangan parkir kosong. 

Tindakan ini sebenarnya menyusahkan pengguna lain, misalnya kejadian yang berlaku baru-baru ini yang mana sebuah van bertindak merempuh sebuah Proton Saga yang menghalang keretanya.



Menerusi perkongsian video berdurasi 1 minit 19 saat di Facebook itu menunjukkan pemandu van melanggar bahagian sisi Proton Saga yang double park ketika ingin keluar parkir.

Rempuhan tersebut menyebabkan bahagian pintu penumpang sebelah kiri kemek bahkan lebih pelik yang merakam situasi tersebut adalah pemilik Proton Saga berkenaan.

Menerusi perkongsian tersebut, rata-rata orang ramai mengecam tindakan pemilik kereta Saga berkenaan apabila dia lebih rela merakam dan melihat keretanya dirempuh daripada mengalihkan ke tempat lain.

Mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 di bawah Seksyen 48(1) kenderaan ‘double park’ boleh ditunda dan pemandunya akan didenda sebanyak RM300.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here