Lepas rompak bank RM500k, suspek terus beli motor impian..

2728

Seorang remaja lelaki merompak sebuah Vietcombank di jalan Dinh Vu, daerah Hai An, Vietnam.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan remaja lelaki itu mengacukan pistol ke arah pekerja bank pada 7 Januari lalu, jam 3.20 petang dan membawa lari Vietnam Dong 3 bilion (RM553,907).



Selepas itu, lelaki berkenaan melarikan diri dengan menunggang motosikal milik pengawal keselamatan bank berkenaan. Suspek juga tidak menunggu lama untuk membeli motosikal yang sudah lama diimpikannya.

Menurut Motosaigon, selepas melakukan jenayah itu, tidak lama kemudian dia membeli sebuah motosikal Kawasaki ZX-10. Bahkan, pusat jualan turut merakamkan gambar kenangan bersama pembeli baharu yang merupakan suspek jenayah.

Selepas menerima berita berkenaan, Pengarah Polis Bandar Hai Phong, Major General Vu Thanh Chuong mengarahkan anggotanya menahan suspek. Kemudian pada 9 Januari, Ketua Polis Bahagian Jenayah, Kolonel Le Hong Thang mengesahkan sudah menahan suspek. 

Suspek, Nguyen Van Nam berusia 24 tahun ditahan ketika bersembunyi di wilayah Thai Nguyen. Difahamkan harga ZX-10R (2021) warna KRT itu berharga Vietnam Dong 729,000,000 (RM134,599).

Difahamkan polis turut merampas superbike berkenaan dan jentera itu akan dilelong bagi mengembalikan semula wang kepada pihak bank.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here