Ingin berbuka puasa, skuter ditunggang pelajar perempuan mendarat atas atap

186

Dua wanita mengalami kecelakaan apabila motor yang ditunggang terbang lalu sangkut di atap sebuah rumah penduduk.

Menerusi video berdurasi 12 saat itu menunjukkan penunggang dan pembonceng tersebut bersama motosikal skuter tersangkut di bahagian atap. 



Kejadian dipercayai berlaku di Jalan Ciwangkid, Desa Cikuya, daerah Culamega, wilayah Tasikmalaya pada Selasa. 

Salah seorang penduduk setempat, Euis Siti Jenab, 25 berkata masih belum diketahui punca insiden tersebut berlaku.

Bagaimanapun, maklumat awal yang diterimanya, motosikal yang dinaiki wanita itu bersama seorang penumpang tiba-tiba terbang dan melanggar tebing disyaki akibat brek terputus.

“Saya tidak tahu apa punca awal, tiba-tiba terbang ke bumbung. Rupanya brek motor rosak,” katanya.

Menurut Euis, kedua korban yang mengalami kecelakaan itu merupakan murid sekolah rendah dan dikatakan ingin berbuka puasa.

Susulan kejadian itu penduduk sekitar membantu kanak-kanak perempuan yang tersangkut tersebut dan menggunakan tangga untuk menurunkan mereka.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan melainkan bahagian atap yang rosak dan pecah akibat hentaman skuter berkenaan.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here