Aksi mendebarkan, jet pejuang terbang rendah 800kmj hampir sentuh jambatan

860

Ini adalah momen yang membuatkan anda ternganga apabila sebuah jet pejuang yang bergerak dengan kelajuan 800kmj terbang rendah atau hampir melanggar jambatan.

Foto yang dikongsi berkenaan menunjukkan jet pejuang Australia F/A-18F Super Hornet terbang di atas Jambatan Story, Brisbane ketika latihan tentera udara awal bulan ini bagi festival Brisbane Riverfire.



Jurugambar, Nino Lo Giudice yang merakamkan gambar mendebarkan itu berkata ia diambil dari atas bumbung pangsapuri enam tingkat di New Farm.

Setelah merakam gambar yang sama sebelum ini, kali ini istimewa kerana ada pekerja di atas jambatan ikonik Brisbane, dan juga ketika hujan pada waktu pagi yang mana banyak embun di udara yang menghasilkan jejak wap atas pesawat,” katanya.

Walaupun berdekatan dengan penonton, jurugambar David Kapernick menjelaskan jaraknya adalah kira-kira 400/500 meter antara jambatan dan bandar.

“Pesawat itu mestilah kira-kira 150/200 meter dari orang ramai. Ia terbang sekitar 700/800kmj,” katanya.

Laman web penerbangan Australia mendakwa pesawat itu terbang dalam jarak 70 meter dari penonton.

Setiap September Brisbane menjadi tuan rumah kepada Festival Brisbane dan Brisbane Riverfire, festival seni.

Acara jet pejuang Australia terbang antara bangunan pencakar langit sudah menjadi acara tahunan. Acara ini menarik kira-kira 500,000 hadirin setiap tahun.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di:  https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here